
Dah bosan dengan suasana kafe dan gerai biasa? Konsep unik yang diketengahkan oleh gerai BBQ viral ini menjanjikan sedikit kelainan kepada para pengunjung!

Di gerai yang bertempat di Ulu Kelang ini, anda boleh merendamkan kaki di dalam sungai yang menyegarkan sambil menikmati masakan Western tersangat sedap.

Anda juga boleh membuat tempahan untuk majlis istimewa seperti hari jadi dan family gathering di sini. Dengan suasananya yang lain dari yang lain, sesi makan di sini pastinya tidak dapat dilupakan semua!

Tak sabar nak cuba? Dapatkan info mengenai gerai BBQ Lamb KL Kemensah di Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, Ulu Kelang, Ampang Jaya, Selangor. Tutup setiap Isnin.